Cabaran era Globalisasi
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Cabaran era Globalisasi

Bagaimana era globalisasi mempengaruh masyarakat hari ini.
 
IndeksPortalLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Go down 
+10
ann.s@b3
mordeana hm dahare
mizahb3
rozieB3
SitiZubaidahHjKadir-B3
halimB3
aMaLz@B3
khairunnisaB3
shafiqB3
Admin
14 posters
Pilih halaman : 1, 2  Next
PengirimMessage
Admin
Admin



Jumlah posting : 9
Join date : 05.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeWed Oct 15, 2008 11:37 am

1. Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan.
Berikan pandangan kamu mengenainya.

2. Masalah permakanan adalah masalah global. Bagaimana cara
mengatasinya bagi Negara kita.

3. Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang
sebenarnya kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.

4. Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.

5. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan
akibatnya nya terhadap kehidupan.

6. Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu. Berikan pandapat
anda.

7. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Kembali Ke Atas Go down
http://zhah-coretan.blogspot.com
shafiqB3

shafiqB3


Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08
Age : 34
Lokasi : Lake Village, Brunei Darussalam

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Pencemaran Alam Sekitar   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeThu Oct 16, 2008 11:13 am

Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara di dunia. Hampir semua negara menjadikan pencemaran alam sekitar sebagai isu utama.Pencemaran Alam Sekitar ini membawa kesan negatif kepada kehidupan dialam bumi ini samada dari segi kesihatan dan sebagainya. Pencemaran berlaku di udara, air, tanah dan bunyi.
Kembali Ke Atas Go down
http://www.shafiq.edublogs.org
khairunnisaB3

khairunnisaB3


Jumlah posting : 3
Join date : 06.10.08
Age : 34
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong.

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Pencemaran alam sekitar   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeThu Oct 16, 2008 11:19 am

Pencemaran alam sekitar merupakan salah satu isu yang kini hangat dibincangkan. Pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian yang mencukupi memandangkan ianya adalah masalah yang sangat serius yang boleh mengakibatkan kesan-kesn yang sangat berbahaya kepada kehidupan.

Kehidupan yang dimaksudkan itu ialah kehidupan manusia, binatang-binatang malah tumbuh-tumbuhan juga. Pencemaran ini boleh terjadi akibat daripada keadaan sekeliling kita tidak teratur dan kotor yang disebabkan oleh pencemaran udara, air, bunyi dan lain-lain pencemaran.

Akibat pencemaran udara yang mengakibatkan alam sekitar terjejas sekaligus menyebabkan banyak masalah timbul dalam kehidupan itu disebabkan


Terakhir diubah oleh khairunnisaB3 tanggal Mon Mar 02, 2009 9:54 am, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Http://kupukupu.edublogs.org
aMaLz@B3

aMaLz@B3


Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Soalan 5   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeThu Oct 16, 2008 11:19 am

Pencemaran alam sekitar adalah sesuatu perkara yang harus diambil serius dalam menangani masalah untuk menghapuskannya.Terjadinya perkara ini mengakibatkan kehidupan terjejas dengan begitu meluas kerana tidak terkawal.

Kehidupan disekeliling terganggu apabila berlakunya pencemaran alam ini.Pencemaran yang dimaksudkan adalah termasuk segala pencemaran air,udara,bunyi dan lain-lain.Ini meliputi segala aspek kehidupan.

Akibat utama ialah penyakit berjangkit.
Kembali Ke Atas Go down
http://gaokz.edublogs.org
halimB3

halimB3


Jumlah posting : 1
Join date : 13.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: 5.Akibat Dari Pencemaran Alam Sekitar   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeThu Oct 16, 2008 11:24 am

Pecemaran alam ini berlaku hasil dari manusia dan alam semula jadi. Terutama sekali manusia sendiri yang membinasakan permukaan bumi, berbanding alam semula jadi. Ada tiga pencemaran yang berlaku iaitu udara,darat dan air.Di era moden ini banyak industri -industri dan pembangunan telah dibina.Contohnya jalan raya,rumah-rumah dan tempat hiburan.

Akibatnya cuaca bumi telah berubah secara mendadak, seperti suhu kepansan bumi smakin panas,kemarau,hujan yang mengakibatkan banjir dan ribut semakin mengganas. Suhu dunia semakin panas kerana banyak pokok-pokok telah dihapuskan tanpa diganti. Dimana pokok ialah tumbuhan yang paling penting sebagai pengeluaran oxygen,tanpa gas ini manusia akan mati. Pokok atau tumbuhan lain juga boleh menghapuskan gas karbon dioxide dan boleh menstabilkan suhu cuaca.

Pencemaran air berlaku kerana idustri yang membuang bahan mentah yang merbahaya mengakibatkan kerosakan tumbuhan diair dan kehidupan laut.
Kembali Ke Atas Go down
http://namaa.edublogs.org
khairunnisaB3

khairunnisaB3


Jumlah posting : 3
Join date : 06.10.08
Age : 34
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong.

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 10:23 am

Penggunaan internet yang dimaksudkan ini adalah dari segi pembelajaran para penuntut di pengajian tinggi. Adapun, penggunaan internet ini mempunyai banyak kebaikkan disamping ada keburukkannya apatah lagi penggunaan internet yang berleluasa dalam bidang pendidikan.

Penggunaan internet dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru malah penggunaan internet ini telah diperkenalkan di negara-negara yang maju. Oleh itu, di negara kita juga tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan ini dan dalam menggunakan internet ini bukan sahaja membantu kerja-kerja dalam pengurusan dan pentadbiran malah juga membantu dalam pendidikan.

Internet digunakan dalam pendidikan terutamanya dalam pengajian tinggi tempatan untuk menyemai usaha dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan internet dalam pembelajaran di dalam pengajian tinggi tempatan dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi tajuk-tajuk yang di ajar.

Penggunaan internet dalam pembelajaran dapat mengajar para penuntut untuk megetahui cara-cara menggunakannya dengan lebih dalam dan melalui ini juga dapat memgembangkan kemahiran kita dalam bidang teknologi sekaligus mengembangkan pembelajaran kita. Internet hanya berperanan sebagai sumber dan alat baru dalam pembelajaran dan internet juga tidak berperanan sebagai guru yang mengajar. Oleh itu, para penuntut hendaklah berusaha dalam mencari sesuatu ilmu dan sumber-sumber yang ada dalam internet disamping tidak mengharapkan pada internet sepenuhnya.

Disamping itu, terdapat keburukkan yang kita dapat dalam menggunakan internet seperti penuntut itu akan meniru secara bulat-bulat dan memasukkan informasi itu ke dalam kertas kerja mereka. Penggunaan internet juga boleh membinasakan diri sekiranya kita terlalu taksub dengannya dimana kadang-kadang kita terpaksa menerima hakikat bahawa penggunaan internet tidak semestinya betul dan benar.
Kembali Ke Atas Go down
Http://kupukupu.edublogs.org
aMaLz@B3

aMaLz@B3


Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: kesihatan asas kehidupan manusia   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 10:25 am

Kesihatan merupakan salah satu perkara yang terpenting dalam hidup kita sehari-hari.Mengamalkan segala aktiviti yang berfaedah dapat meningkatkan taraf kesihatan seseorang itu.

Sebagaimana yang kita ketahui,kehidupan manusia bergantung kepada pengambilan zat-zat makanan yang berkhasiat.Oleh itu kesihatan menjadi tumpuan utama manusia dan harus diambil berat.Seseorang itu hendaklah memulakan sesuatu itu dengan perkara-perkara yang sihat seperti dari segi pemakanan yang seimbang,melakukan pekerjaan dengan terurus dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan seseorang indivdu itu mengamalkan hidup yang penuh dengan kebersihan.
Kembali Ke Atas Go down
http://gaokz.edublogs.org
SitiZubaidahHjKadir-B3

SitiZubaidahHjKadir-B3


Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08
Age : 33
Lokasi : Pakistan... HA!HA!

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya nya terhadap kehidupan.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 10:25 am

Isu pencemaran alam sekitar merupakan satu isu global yang memerlukan penelitian bersama diperingkat antarabangsa. Dimana pencemaran alam ialah sesuatu perbuatan yang menjejaskan dunia. Ini menyebabkan sesuatu kedaan berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan nyawa manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Secara tidak langsung ia akan memberikan pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, pemusnahan ozon dan hujan asid. Twisted Evil

Kecanggihan teknologi juga memberikan kesan negatif terhadap nyawa manusia. Contohnya kesan daripada penggunaan kenderaan bermotor mengeluarkan gas monoksida yang merupkan sejenis gas beracun dan mampu mengancam peransangan otak kita. Selain itu kesan daripada toksin-toksin yang dibuang ke laut juga memberi kesan negtif terhadap binatang-binatang. Akibatnya tumpahan minyak ini mampu mengancam nyawa mereka da akhirnya menyebabkan kepupusan binatang seperti penyu. Pencemaran semulajadi seperti perletusan gunung juga memberikan kesan yang buruk seperti kerosakan harta benda dan yawa manusia juga terancam, begitu juga dengan binatang. Oeh itu, kita haruslah bekerjasama dalam menangani masalah ini.
flower


Terakhir diubah oleh SitiZubaidahHjKadir-B3 tanggal Wed Mar 18, 2009 6:38 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
SitiZubaidahHjKadir-B3

SitiZubaidahHjKadir-B3


Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08
Age : 33
Lokasi : Pakistan... HA!HA!

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 2:45 pm



Kesihatan asas kebahagian hidup manusia. Kesihatan adalah kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Manakala kebahagian merupakan sesuatu yang abstrak dan sangat penting untuk kehidupan kita. Kita akan bahagia jika apa yang kita buat menggembirakan orang lain dan diri sendiri. Apa yang penting, kita harus menjaga kesihatan tubuh badan kita setiap hari dan setiap masa. Badan sihat penting kerana ianya membawa otak kita. Jika otak yang selalu kita gunakan untuk bekerja dan membuat keputusan penting dalam keadaan cergas maka hidup kita akan sentiasa ceria dan bahagia.

Oleh yang demikian, kita haruslah menjaga kesemua cara-cara hidup kita seharian, iaitu dari segi permakanan hendaklah diambil secara berpatutan. Di samping itu kita juga digalakkan untuk menjaga udara agar dalam keadaan bersih agar jantung kita tidak tersumbat dengan sisa-sisa racun yang beterbangan. Oleh yang demikian saya sangat setuju bahawa "Kesihatan asas kebahagian hidup manusia."

bounce

Quote :
"Udara sihat, maka otak pun sihat! Jika otak sihat, sudah tentu hidup pun sihat! hidup sihat, tidak mustahil badan pun sihat! sebagai conclusion, Badan sihat semua pun sihat!" HAHAHAHAHA
santa

“Jadi, amalkan gaya hidup sihat dan cergas, dapatkan badan sihat dan jangan lupa untuk makan sayur!” lol!


Terakhir diubah oleh SitiZubaidahHjKadir-B3 tanggal Wed Mar 18, 2009 5:58 pm, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
SitiZubaidahHjKadir-B3

SitiZubaidahHjKadir-B3


Jumlah posting : 3
Join date : 13.10.08
Age : 33
Lokasi : Pakistan... HA!HA!

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang sebenarnya kepada manusia.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 3:00 pm

Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang sebenarnya kepada manusia. Dimana, maksud kekayaan kebendaan itu ialah kaya dari segi harta, wang dan benda-benda yang memberi kemewahan. Manakala, Kebahagiaan merupakan suatu pandangan hidup, suatu sikap mental, buah pikiran dari sifat-sifat optimisme, ketekunan, cinta dan pemenuhan. Kebahagiaan bukan bererti merasa senang terus menerus, atau mengalami perasaan yang menyenangkan sepanjang waktu, tapi kebahagiaan tidak berubah meski situasi atau kondisi berubah.

Sering kita dengar ungkapan, “duit tidak dapat membeli kebahagiaan”. Kenyataannya banyak orang kaya, hartanya berlimpah, namun tidak bahagia. Sementara ada orang yang tidak mempunyai duit tapi bahagia. Banyak juga orang yang tidak mempunyai duit mahupun harta juga tidak bahagia kerana harus diakui pula bahawa tidak mempunyai duit juga kita menjadi susah. Kebahagiaan itu datang dari sikap kita yang suka bertolak ansur, jujur, amanah dan tiada perasaan hasad dengki.



“Kalau kita berjaya memperoleh kemenangan, itulah kebahagiaan yang sebenarnya”


Sekian wassalam.... Sleep


Terakhir diubah oleh SitiZubaidahHjKadir-B3 tanggal Wed Mar 18, 2009 6:11 pm, total 2 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
shafiqB3

shafiqB3


Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08
Age : 34
Lokasi : Lake Village, Brunei Darussalam

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 3:31 pm

Internet merupakan suatu sumber maklumat yang melampaui batasan masa dan ruang dan bersifat telus. Internet memberikan ruang masa dan ruang dan bersifat telus. Internet memberikan ruang kepada sesiapa saja yang memeliki komputer dan melanggan perkhdmatan Internet menggunakan kemudahan ini untuk prlbagai tujuan. Tujuan penggunanya bukan sahaja untuk urusan rasmi, tetapi juga urusan peribadi dan urusan itu bukan sahaja peringkat negara, malah juga peringkat antarabangsa. Seseorang siswa juga boleh melayari apa-apa jua laman web yang disukainya bebas. Dimana mereka boleh menggunakan laman web tertentu sebagai sumber rujukan projek penyelidikan dan mendapatkan apa-apa makulmat yang ingin diketahui melalui internet. Akhirnya, kemudahan Internet ini hendaklah digunakan sebaik yang mungkin bagi meninggalkan kesan baik, bukan sahaja kepada siswa malah juga juga kepada bangsa dan tanah air. afro
Kembali Ke Atas Go down
http://www.shafiq.edublogs.org
shafiqB3

shafiqB3


Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08
Age : 34
Lokasi : Lake Village, Brunei Darussalam

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Langak mengatasi masalah permakanan di negara kita.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 7:16 pm

Salah satu langkah adalah penanaman pokok buah-buahan tempatan yang diamalkan di negara kita selama ini terikat kepada kaedah tradisional yang mampu mendatangkan hasil dengan cepat dan lumayan. Walaubagaimanapun, melalui pengunaan teknologi modern masalah ini dapat diatasi. Selain pengunaan peralatan canggih, seperti mesin dalam perusahaan ini kegiatan penanaman seharusnya hanya dijalankan setelah kajian tanah dilakukan. Ini bermakna, keadaan kesusaian tanah harus diselidiki sebelum tanaman dijalankan. Sesuatu jenis tanah itu tidak sesuai untuk semua jenis pokok seperti dianggap oleh orang ramai selamai ini.

Selain itu, memajukan sektor dalam meningkatkan kajian tentang kaedah pembiakkan benih padi baru dan hydrophonic Dalam keadaan biasa, ia dapat menghasilkan dua kali ganda daripada biasa. Cara penanaman ini terbukiti dapat memberikan sumbangan yang besar kepada negara dari ekonomi iaitu padi yang berhasil bukan sahaja lebih bermutu, tetapi sedap. Oleh ituu, teknologi pembiakan mestilah dipertingkatkan untuk memajukan ekonomi negara kita. king
Kembali Ke Atas Go down
http://www.shafiq.edublogs.org
rozieB3

rozieB3


Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08
Age : 34
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Masalah pencemaran alam   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeWed Mar 04, 2009 7:54 pm

Masalah pencemaran alam semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) ,pengotoran alam ,perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap yang mendatangkan kemudaratan terhadap manusia dan masalah ini harus lah diberi perhatian yang sangat serius.

Terdapat dua faktor terjadinya pencemaran, iaitu factor semulajadi dan juga dari perbuatan manusia sendiri.kedua-dua faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam ini boleh memudaratkan kehidupan semua benda yang hidup. Pencemaran ini temasuklah pencemaran udara,air dan tanah. Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Dinegara kita misalnya pencemaran udara semakin menjadi-jadi disebabkan oleh meningkatnya pengunaan kenderaan yang mengeluarkan gas karbon dioxide yang menyebabkan kerosakan otak terutamanya kepada kanak-kanak dan kerana itu juga kita tidak dapat melakukan aktiviti harian kita dengan selesa.

Oleh kerana itu kita haruslah sama-sama membendung masalah ini dengan menanamkan sifat cintakan alam agar kita sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar pencemaran alam yang semakin berleluasa.
Kembali Ke Atas Go down
http://rozie.edublogs.org
rozieB3

rozieB3


Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08
Age : 34
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Masalah Pemaknan   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeWed Mar 04, 2009 7:57 pm

Makanan adalah bahan yang berasal dari Haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan,dimakan oleh makhluk hidup untuk memberi tenaga dan nutrisi,walaubagaimanapun makanan yang menjadi amalan kita sehari-hari itu dapat juga menimbukan pemrmasalah kepada kita. Oleh itu kita hendak lah sentiasa berjaga-jaga dengan pengambilan permakanan kita.

Masalah pemakana yang menyebabkan masalah global ini adalah disebabkan oleh beberapa sebab, salah satu diantaranya adalah masalah berat badan berlebihan. Masalah ini terjadi adalah di sebab kan kerana makanan yang kita makan itu melebihi dari had dan tidak seimbang dengan aktiviti atau pun tenaga yang telah dikeluarkan dan juga perubahan cara hidup yang,kekurangan aktiviti fizikal disamping perubahan dalam tabiat pemakanan.ini boleh menimbulkan bermacam-macam penyakin berbahaya seperti penyakit jantung,jika kita tidak mengamalakan cara pemakanan yang sehat.

Dengan itu kita haruslah mengamal diet yang seimbang agar kita boleh mengelakkan dari menghidap penyakit-penyakit yang membahayakan kita.adalah lebih bayik kita mengelakkan diri kita dri penyakit merbahaya tersebut dari pada kita mengubatinya.
Kembali Ke Atas Go down
http://rozie.edublogs.org
rozieB3

rozieB3


Jumlah posting : 3
Join date : 09.10.08
Age : 34
Lokasi : Bukit Beruang, Tutong

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeSun Mar 08, 2009 9:23 am

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut, seperti apa yang telah kementrian pendidikan kita laksanakan pada baru-baru ini.
Kembali Ke Atas Go down
http://rozie.edublogs.org
mizahb3




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeWed Mar 11, 2009 9:49 am

3.
Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagiaan yang sebenar kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.
Kekayaan kebendaan bukanlah kuasa utama dalam keinginan untuk mencapai kebahagiaan hidup yang sebenar. Ia hanyalah bersifat sementara dan boleh hilang dalam sekelip mata. Kenyataan seperti ini boleh dilihat dalam kehidupan realiti di sekeliling kita.
Sebagai misalan, kebanyakan orang lebih memilih untuk berkawan dengan orang berada(kaya) berbanding dengan orang yang kurang berkemampuan. Namun sekiranya orang berda tersebut jatuh miskin atau muflis,kawan-kawannya yang keliling pinggang itu mungkin akan berkurang dan lebih parah lagi langsung tidak ada seorang pun yang menganggapnya sebagai kawan kerana kuasa kekayaannya tidak ada lagi. Keadaan ini akan membuatkan orang yang muflis tersebut bertambah susah kerana tiada sesiapa pun yang dapat membantu mahu pun memberikan sokongan kepadanya.
Oleh yang demikian, kekayaan kebendaan bukanlah satu aset utama dalam menggapai kebahagiaan hidup yang hakiki kepada semua manusia. Malah untuk mendapatkannya haruslah dengan memupuk rasa sabar, tekun berusaha, ikhlas dan jujur dalam membuat sesuatu pekerjaan mahupun dalam menjalinkan hubungan sesama manusia.
Kembali Ke Atas Go down
mizahb3




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeWed Mar 11, 2009 9:51 am

4. Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.
Menjaga kesihatan diri sama ada dari segi mental dan fizikal adalah amat penting dalam menjalani rutin hidup seharian. Badan yang sihat dapat mambuatkan hidup terasa lebih sempurna. Akan tetapi, ini bertentangan dengan kesihatan yang kurang dan tidak bermaya.
Kesihatan yang tidak terurus dengan baik akan mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri. Sebagai contoh ,orang yang lebih gemar bersantai berbanding bersenam akan mendapat penyakit dengan mudah kepada dirinya seperti penyakit jantung. Kesan dari pembawaan penyakit sering mengganggu emosi pesakit seperti mudah tersinggung dan tertekan.
Penjagaan kesihatan yang baik dapat menghiburkan dan menceriakan dirinya serta orang-orang disekelilingnya. Ini merupakan asas kebahagiaan hidup manusia kerana kesihatan yang teratur akan dapat membuatkan kita untuk berfikir dan bertindak secara rasional dalam menghadapi apa jua masalah yang timbul. Secara tidak langsung kita dapat mengawal emosi diri dari membuat atau melakukan sesuatu perkara secara membabi buta.
Kembali Ke Atas Go down
mizahb3




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeWed Mar 11, 2009 9:52 am

6. Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu.
Masyarakat Melayu memang kaya dengan pantang larang yang minoritinya masih diamalkan hingga ke hari ini. Ia masih lagi kuat diamalkan di kawasan ulu pedalaman kerana cara kehidupan(sosial) masyarakatnya yang masih tertutup. Pantang larang ini wujud dalam kehidupan orang Melayu disebabkan pemikiran masyarakat yang agak kuno pada ketika itu.
Namun, pantang larang ini kadang-kadang boleh menyekat kemajuan orang Melayu. Sebagai contoh, membina bangunan berdekatan dengan pokok Ru adalah dilarang. Ini dipercayai akan membawa malang atau kecelakaan pada perniagaan tersebut. Jika diamalkan hingga ke hari ini,kemajuan pembinaan bangunan akan lebih tersekat kerana tapak pembinaan adalah terhad dan spesifik.
Ada juga pantang larang yang tidak meyekat kemajuan orang Melayu. Contohnya, kaum perempuan dilarang menyanyi ketika memasak. Ini kerana dipercayai perempuan tersebut akan bersuamikan orang tua. Akan tetapi secara logiknya, menyanyi ketika memasak ditakuti air liur akan tempias ke dalam masakan. Pantang larang seperti ini tiada kaitan dengan sebarang pengaruh kepada kemajuan.
Kembali Ke Atas Go down
mordeana hm dahare




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeWed Mar 11, 2009 10:15 am

1. Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan. Berikan pandangan kamu mengenainya.

Dalam arus globalisasi, internet adalah antara mass media menjadi pilihan ramai. Definisi internet di dalam Kamus Dewan Edisi Kedua ialah satu sistem komputer yang mengizinkan berjuta-juta pengguna di dunia untuk bertukar-tukar maklumat. Melalui definisi ini dapat kita fahami bahawa internet merupakan alat komunikasi yang dapat menghubungkan manusia sejagat.

Negara kita, Negara Brunei Darusssalam juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan zaaman yang kian mencabar. Dalam sistem pendidikan negara, bermula dari peringkat rendah sehinggalah peringkat pengajian tinggi, internet telah diperkenalkan dan digunapakai sebagai penyampai serta penghubung antara pelajar dan juga guru. Dengan menggunakan internet, para pelajar dengan lebih effisien, mudah serta jimat. Wujudnya tempat-tempat yang berwayarles memudahkan lagi pelajar-pelajar berkomunikasi serta mengintai dunia luar. Secara tidak langsung, pengetahuan mengenai teknologi ini akan melahirkan anak-anak watan yang celik IT disamping dapat membuka minda para pelajar mengenai dunia luar.

Internet diumpamakan sebagai 'dunia tanpa sempadan'. Daripada perumpamaan ini jelas pelajar-pelajar dapat meneroka fenomena yang berlaku di dalam serta luar negeri sekaligus menjadikan mereka lebih peka dengan isu global. Malah internet juga boleh dikatakan sebagai gedung ilmu gergasi. Pelajar dapat mengaut dan menimba pelbagai ilmu menerusi kaca skrin telefon bimbit atau komputer riba mereka dengan melayari internet. Ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi samada pada pelajaran mahupun kehidupan sehari-hari.

Tidak dapat disangkal lagi akan penggunaan internet mempunyai banyak manfaat dalam pengajian tinggi tempatan. Dalam era globalisasi ini, sama-samalah kita menyahut cabaran dunia yang semakin hari semakin mencabar.
Kembali Ke Atas Go down
ann.s@b3




Jumlah posting : 3
Join date : 12.03.09
Age : 33
Lokasi : kpg lubuk pulau.daerah tutong.

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeThu Mar 12, 2009 9:51 am

"kesihatan asas kebahagian hidup"

Idea
kesihatan amat penting untuk kita melakukan aktiviti harian.iika kesihatan kita tidak dalam keadaan baik,segala ativiti tidak dapat berjalan dengan lancar.pengambilan makanan yang berkhasiat adalah untuk memastikan kesihatan yang baik.
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.kesan dari makanan,jika berlebihan akan memudaratkan diri,misalan nya pemgambilan makanan yang
berLemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

study aNNie
Kembali Ke Atas Go down
mordeana hm dahare




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: 5   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeThu Mar 12, 2009 11:01 am

Bumi tua kita kian terancam. Alam kini kehilangan pesona dek pencemaran yang semakin menjadi-jadi. Apa dan siapakah yang patut dipersalahkan?

Isu pemanasan global tidak pernah surut dibahaskan oleh pelbagai pihak. Pencemaran udara merupakan penyumbang utama kepada masalah ini. Asap-asap yang dihasilkan dari kilang-kilang, kenderaan serta pembakaran terbuka mengakibatkan lapisan ozon semakin menipis dan boleh membawa kesan yang sangat buruk terhadap kehidupan. Misalnya, asap-asap yang mengandungi sulfur dioksida daripada kilang-kilang akan bercampur dengan air hujan kemudian menghasilkan hujan asid yang boleh memberi impak yang sangat merbahaya terhadap kehidupan. Pembakaran terbuka mengakibatkan jerebu dan secara tidak langsung menyusahkan dan memudaratkan orang ramai.

Air merupakan elemen terpenting di dalam kehidupan dan apabila sumber kehidupan kita tercemar ia sekaligus menjejaskan kita. Wabak-wabak boleh merebak dan akan mengakibatkan keadaan huru-hara. Kini kehidupan marine juga semakin terancam. Pembuangan sampah dan minyak memusnahkan alam mereka. Bayangkan kesukaran binatang-binatang aquatik mencari rezeki disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.

Kesimpulannya masalah pencemaran alam sekitar seharusnya diberi perhatian yang serius demi kepentingan sejagat dan generasi kita yang akan datang.
Kembali Ke Atas Go down
mordeana hm dahare




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeThu Mar 12, 2009 1:17 pm

Kekayaan kebendaan antara impian yang selalu menduduki tangga teratas di fikiran manusia. Manusia alpa dan sibuk dengan urusan duniawi yang menutup sebelah mata mereka untuk melihat kesan dan risiko yang mereka bakal hadapi di hari muka.

Dek sibuk mengejar kekayaan, manusia mudah lupa akan tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh mereka. Hubungan kekeluargaan boleh menjadi renggang kerana kurangnya masa bersama. Pelbagai masalah juga boleh timbul berpunca dari kelalaian manusia yang terlalu mementingkan kebendaan. Jadi inikah kebahagiaan yang kita cari? Harta yang paling berharga dalam hidup kita ialah kebahagiaan hidup berkeluarga.

Kebahagiaan yang sebenar bukanlah terletak atas dasar kekayaan harta benda.
Kembali Ke Atas Go down
NorhafiniB3




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: 2. Masalah pemakanan adalah masalah global. Bagaimana cara mengatasinya di Negara kita   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeSat Mar 14, 2009 9:11 am

Masalah pemakanan merupakan masalah global. Rakyat memerlukan makanan yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga mereka. Masalah ini samada disebabkan oleh peperangan atau kemelesetan ekonomi dalam sesebuah negara. Apabila sesebuah negara menghadapi masalah kekurangan makanan, ia akan melibatkan beberapa reaksi negatif dari rakyatnya. Contohnya, rakyat akan memberontak terhadap kerajaan kerana mereka tidak mendapat makanan yang mencukupi. Ada juga rakyat yang mengambil langkah untuk meninggalkan negara mereka dan berpindah ke negara yang boleh membekalkan makanan.

Ada banyak cara untuk mengatasi masalah kekurangan makanan. Kerajaan bolehlah menggalakkan rakyatnya dari segi bercucuk tanam. Hasil tanaman ini boleh menolong kerajaan mengurangkan masalah kekurangan makanan. Ini juga boleh membantu pihak kerajaan dari segi ekonomi. Pihak kerajaan tidak semestinya perlu membeli barang-barang pemakanan dari negara luar. Satu lagi cara ialah dengan mengurangkan jumlah penduduk.
Kembali Ke Atas Go down
NorhafiniB3




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: 4. Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeSat Mar 14, 2009 9:17 am

Kesihatan amat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Kesihatan ini bolehlah dibahagikan kepada kesihatan minda atau kesihatan fizikal.

Dengan adanya kesihatan minda, seseorang itu dapat berfikir dengan tenang sekiranya ada perkara buruk yang terjadi. Dia juga dapat berfikir dengan rasional dan logik. Akal yang sihat boleh menghindarkan seseorang itu dari masalah kerana dia dapat mencari penyelesaian dengan cara yang baik. Dengan tiadanya masalah dalam kehidupan seseorang itu, dia bolehlah merasai ketenangan dan kebahagiaan.

Kesihatan fizikal pula membolehkan seseorang itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dia suka. Contohnya, bersenaman di setiap pagi. Ini akan lebih menyihatkan tubuh badannya. Aktiviti-aktiviti yang dia boleh lakukan tidak terhad. Sekiranya keseihatan seseorang itu tidak baik, dia tidak dapat melakukan perkara-perkara yang disukainya. Ini boleh menyebabkan dia mengalami kemurungan dan mengalami masalah kesihatan minda.

Oleh itu, kesihatan bolehlah dianggap sebagai asas kebahagiaan hidup manusia.
Kembali Ke Atas Go down
NorhafiniB3




Jumlah posting : 3
Join date : 02.03.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: 5. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan akibatnya terhadap kehidupan.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitimeSat Mar 14, 2009 9:20 am

Masalah pencemaran alam sekitar telah lama melanda bumi. Banyak cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran tetapi cara-cara ini hanya dapat mengurangkannya. Pencemaran ini terbahagi kepada pencemaran air, darat dan udara. Kejadian ini makin meningkat dengan berkembangnya teknologi moden.

Masalah ini memberi kesan kepada alam sekitar dan binatang-binatang yang tinggal di situ. Contohnya, pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang-kilang ke sungai atau laut. Bukan sahaja ia mencemarkan sungai dan laut, ia juga boleh membunuh binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalamnya. Satu lagi contoh ialah pembalakan. Aktiviti pembalakan yang melampau akan melenyapkan keindahan yang terdapat di dalam hutan. Ia juga menyebabkan tumbuh-tumbuhan musnah dan binatang-binatang melarikan diri.

Masalah ini sepatutnya mendapat perhatian yang serius dari masyarakat. Sekiranya masalah ini dibiarkan sahaja, ia akan memberi kesan kepada generasi akan datang.
Kembali Ke Atas Go down
Sponsored content





BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 2Pilih halaman : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
» BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
» BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Cabaran era Globalisasi :: TAJUK BEBAS :: BLOK 3-
Navigasi: