Cabaran era Globalisasi
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Cabaran era Globalisasi

Bagaimana era globalisasi mempengaruh masyarakat hari ini.
 
IndeksPortalLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Go down 
+10
farhana
meirahss.B1
Romalizah blok 1
aqilahB1
nadsss.B1
Evlyn Bejau Anak Budin
tan Miadi b1
Hapis B1
imah B1
Admin
14 posters
Pilih halaman : Previous  1, 2
PengirimMessage
aqilahB1

aqilahB1


Jumlah posting : 10
Join date : 14.10.08
Age : 33

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:46 pm

Masalah pencemaran alam sekitar pada masa ini semakin menjadi-jadi. Ini setengahnya berlaku disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran alam sekitar ini termasuklah pencemaran udara, air dan sebagainya.

Pencemaran udara ini adalah disebabkan oleh karbon dioksida yang mana ini boleh menyebabkan orang jatuh sakit disebabkan olehnya. Ini berlaku kerana setengah orang membakar hutan secara umum dan ada juga yang membakar sampah. Asapnya ini menyebabkan lapisan ozon semakin nipis dan menyebabkan udara semakin panas. Disebabkan ini manusia senang untuk mendapat penyakit.

Manakala pencemaran air adalah di mana perkara yang biasa berlaku adalah pertumpahan minyak yang dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai fikiran yang 'waras' dimana mereka menumpahkan minyak disungai ataupun dilaut. Dengan terjadinya perkara ini maka banyaklah ikan yang mati dan perkara ini juga menyebabkan merosotnya pendapatan para nelayan

Oleh yang demikian manusia haruslah sentiasa menjaga alam sekitar dan mengambil serius mengenainya. Jangan biarkan nasi menjadi bubur.
Kembali Ke Atas Go down
http://mera.edublog.org
Leeyana B1

Leeyana B1


Jumlah posting : 7
Join date : 07.10.08
Age : 34
Lokasi : the lost bride, Tutong

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:47 pm

Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan
akibatnya nya terhadap kehidupan.


Pencemaran alam sekitar sekarang sering berlaku di sana-sini. Bukan sahaja di Negara kita bahkan Negara luar juga mengalami masaalah yang sama. Pencemaran ini berlaku atas dasar orang tidak bertanggungjawab dan ambil peduli tentang alam sekelilingnya.

Akibat daripada pencemaran ini, akan timbul lah segala jenis penyakit. Jika sekiranya kita membuang sampah merata-rata maka, lalat-lalat yang selaku teman setia kepada barang sebegini akan merasa gembira dan berpesta. Maka akan timbulya penyakit cholera. Selain itu, hasil dari pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai akan menjejaskan keindahan flora dan faunanya. Ikan yang berada di dalam mati kerana saluran oksigen mereka telah di tutup oleh lapisan toksik. jika pencemaran berlaku, agensi pelancongan kita akan menghadapi kerugian. para pelancong akan kurang berminat untuk pergi melancong ke negara kita. tidak akan ada yang hendak di banggakan jika sekiranya sekeliling kita dipenuhi dengan sampah sarap.

Oleh itu, kebersihan alam sekitar patutlah dititik beratkan demi menjaga keindahan flora dan faunanya. didiklah anak-anak kita supaya tahu menjaga kebesihan. meluntur buluh, biarlah dari rebungnya. tanamkan disiplin di dalam diri kita, insaya-allah masaalah ini akan dapat di atasi.
Kembali Ke Atas Go down
http://dior.edublogs.org
Firah B1

Firah B1


Jumlah posting : 6
Join date : 07.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:48 pm

Internet ialah salah satu alat kemudahan teknologi pada masa kini. Ia mengandungi banyak informasi yang selalu diperbaharui selari dengan zaman yang semakin maju. Internet digunakan oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana. Salah satunya ialah di pengajian tinggi.

Kebanyakan pengajian tinggi seoerti sekolah menengah, maktab dan universiti menggunakan internet. Tujuannya ialah untuk membantu pelajar supaya cekap dalam penggunaan IT. Ini adalah supaya pelajar senang mengendalikan pelajaran dan tidak ketingalan dalam menggunakan alat teknologi yang cukup popular ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu pelajar mencari maklumat tambahan kerana internet menyediakan informasi dan pilihan yang cukup luas. Namun, penggunaan internet harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana ia bertujuan untuk sesuatu yang baik dan berguna. Ia adalah bagus kerana terdapat rujukan lain, iaitu internet selain daripada buku ataupun surat khabar. Apatah lagi internet boleh didapatkan di mana-mana sahaja seperti di dalam telefon bimbit sebagai salah satu aplikasi yang disediakan.

Secara ringkasnya, penggunaan internet dalam pengajian tinggi adalah dianggap baik kerana ia memudahkan para pelajar dalam pembelajaran. Akan tetapi, penggunaannya mesti digunakan untuk tujuan yang baik, iaitu sebagai alat pembantu pelajar.
Kembali Ke Atas Go down
http://Firenze.edublogs.org
Sui Fang B1

Sui Fang B1


Jumlah posting : 5
Join date : 07.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Penggunaan internet dalam pengajian tinggi tempatan. Berikan pandangan kamu mengenainya.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:51 pm

Internet adalah tempat penuntut atau kepada sesiapa sajaha untuk mendapatkan sumber maklumat atau informasi terkini. Pengunaan internet pada masa kini semakin berleluasa, tambahan ia mampu menyediakan sumber rujukan yang lebih bersifat menyeluruh dan mudah untuk digunakan. Contohnya, dalam mencari maklumat yang lebih mandalam tentang mata pelajaran yang mereka pelajari disekolah. Ia juga boleh membantu pelajar-pelajar demi mencapai kecemerlagan dalam akademik dan juga yang lain-lain. Ini adalah kerana pelbagai maklumat-maklumat dan informasi-informasi telah disediakan, yang mana pengguna hanya perlu menekan ‘keyboard’ komputer dan ia hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk dibuka. Pada masa ini juga kebanyakan sekolah-sekolah atau maktab-maktab telah menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan sedemikain bagi memudahkn pelajar mendapat informasi dengan cepat. Dalam menggunakan internet ini pengguna haruslah menggunakan dengan bijak, kerana terdapat juga kegunaan negatif seperti menggunakannya untuk berkomunikasi secara online yang mana boleh melalaikan mereka sendiri. Tetapi menggunakan penghantaran e-mail adalah amat berguna kerana ia hanya mengambil masa yang singkat, tetapi menggunakan surat untuk menghantar ke luar negeri ia mengambil masa yang lama dan berkemungkinan surat itu tidak akan sampai kepada penerimanya.
Oleh itu penggunaan internet ini adalah amat berguna dalam pengajian tinggi yang mana ia boleh membantu mereka untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.
Kembali Ke Atas Go down
http://vivacii.edublogs.org
Firah B1

Firah B1


Jumlah posting : 6
Join date : 07.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:56 pm

Kesihatan adalah amat penting kerana tanpanya kita tidak akan mampu bekerja dengan baik atau melakukan aktivti-aktiviti seharian.

Sesetengah orang lebih menghiraukan pekerjaan dari penjagaan kesihatan dan telah menyebabkan mereka jatuh sakit.
Kesihatan yang tidak baik berpunca daripada pelbagai perkara. Contonya ialah pengambilan permakanan yang tidak seimbang, melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, kegiatan dadah atau menghisap gam dan sebagainya. Kesan daripada merokok boleh menyebabkan penyakit jantung tersumbat dan akibatnya terpaksa dirawat. Setengah orang, kerana mengambil makanan yan terlebih atau pun kurang vitamin dan nutrisi boleh menyebabkan mereka mengalami obesiti dan anaroksia yang boleh membawa maut. Adalah bernasib baik jika mereka dikurnia hidup yang panjang dan boleh hidup hingga ke tua dan masih boleh berjumpa dengan ahli keluarga dan saudara mara. Dengan kesihatan yang sihat, kita akan mampu bekerja dan membeli makanan yang bernutrisi dengan melakukan aktiviti-aktivti yang sihat. Hidup akan lebih bahagia jika mengamalkan hidup yang sihat kerana tidak perlu bimbang akan timbulnya atau mengalami penyakit yang tidak diingini. Selain itu , mestilah berfikiran positif dan menjauhkan diri daripada pemikiran yang negatif yang boleh menyebabkan depresi dan stress.

Oleh yang demikian, jika terjaganya kesihatan, pekerjaan juga akan terjaga, begitu juga dengan gaya hidup yang sihat.
Kembali Ke Atas Go down
http://Firenze.edublogs.org
Firah B1

Firah B1


Jumlah posting : 6
Join date : 07.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:57 pm

Pencemaran alam sekitar melibatkan pencemaran di laut, udara dan darat. Ia memberi kesan yang buruk kepada kehidupan seperti manusia dan haiwan

Pertama, pencemaran di laut akan memberi kesan yang buruk kepada haiwan yang tinggal di sana seperti ikan, udang dan sebagainya. Mereka berkemungkinan akan mengalami keracuna kerana terminum air laut yang dicemari dengan minyak-minyak kapal yang tertumpah dan bahan-bahan tosik dari kilang. Haiwan juga akn diancam bahaya jika mereka termakan bahan palstik yamg hanyut ke laut. Kedua, manusia pulang mungkin termakan ikan yang keracunan tadi seterusnya menyebabkan racun itu menular ketubuh manusia. Pencemaran di darat iaitu, pembuangan sampah yang terbiar akan menarik haiwan yang membawa penyakit untuk hinggap dan menetap di tempat kotor itu. Setelah lama, ia boleh menyebarkan kekotoran itu dan akan menjangkiti manusia menyebabkan mereka jatuh sakit. Dan akhir sekali, pencemaran udara seperti pembakaran yang terbuka dan gas karbon dioksida yang berlebihan akan menyebabkan masalah pernafasan yang sesak.

Oleh itu, masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian supaya tidak berlakunya masalah seperti yang telah dibincangkan. Masalah pencemaran akan dapat diselesaian jika semua orang bekerjasama dan bersifat bertangungjawab.
Kembali Ke Atas Go down
http://Firenze.edublogs.org
tan Miadi b1

tan Miadi b1


Jumlah posting : 4
Join date : 03.03.09
Age : 33
Lokasi : Kampong Ukong

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Pantang larang menyekat kemajuan orang Melayu. Berikan pandapat P   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:57 pm

Pantang larang wujud semenjak dahulu lagi. Ia bertujuan untuk melatih dan mandidik kanak-kanak yang nakal dari segi tatatertibnya, perangainya, disiplin dan sebagainya. Manakala, pantang larang ini pula merebak dan telah mempengaruhi orang dewasa. selain itu pula, pantang larang telah menjadi pegangan ataupun amalan yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi.

Pantang larang dicipta sejak dahulu lagi dan ia boleh mempengaruhi kita untuk lari dari kemajuan dizaman moden ini. Di dalam pantang larang terdapat pekara-pekara yang mempengaruhi kita untuk melakukannya. Jika kita melanggarnya, padah akibatnya. Hal ini telah nyata dan terdapat ramai golongan telah terjerumuh akibat mematuhinya. Sebagai contoh, orang tua pernah mengatakan bahawa barang sesiapa yang bernyanyi ketika memasak, puncaknya akan berkahwin dengan lelaki yang tua daripadanya. Hal ini adalah salah dari segi agama kerana jodoh adalah bukan kita yang tentukan. Tuhan yang menentukan jodoh kita. Selain daripada itu, perempuan tidak dibenarkan untuk keluar rumah. Pantang larang ini telah membuat kesilapan yang besar kerana kebanyakan perempuan dizaman moden ini adalah lebih cerdik daripada lelaki dari segi pelajaran. Dengan hal yang sedemikian, ternyata behawa pantang larang itu telah bercanggah dengan kemajuan dan ia boleh menyekat orang melayu untuk terus untuk maju kehadapan. Orang Melayu dizaman sekarang yang telah menjadikan pantang larang itu sebagai pegangang kehidupan seharian boleh menjadi baku dan tidak akan maju sampai bila-bila. Oleh itu, perjalanan kemajuan yang ada pada masa ini telah melintasi kawasan pantang larang. Maka, sebahagian daripada pantang larang itu patut diketepikan.

Kita sebagai orang melayu tidaklah harus menyalahkan yang pantang larang itu dicipta untuk memberhentikan kemajuan. Kita mesti pandai mempertingkaikan dan membahagi sama rata dalam mempertimbangkan pantang larang dengan kemajuan yang ada pada masa ini. Sebagai orang melayu, pantang larang itu mesti ada pada diri kita walaupun sedikit.


Terakhir diubah oleh tan Miadi b1 tanggal Thu Mar 26, 2009 7:57 pm, total 2 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
http://www.kirizaki.edublogs.org
farhana




Jumlah posting : 11
Join date : 28.02.09

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang sebenarnya.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:57 pm

Kekayaan kebendaan itu tidak membawa kebahagian yang sebenarnya kepada manusia.

Setiap manusia mempunyai keinginan untuk menjadi kaya, hidup dalam keadaan serba mewah tetapi dalam mengejar kekayaan ada sesetengah daripada mereka lupa diri terutamanya perasaan kasih sayang yang tidak dapat di beli dengan wang. Perasaan tersebut datangnya dari hati yang murni. Tidak salah bagi kita untuk mengejar kekayaan asalkan kita tidak lupa diri. Cuba kita renungkan orang yang hidup dalam kekayaan tidak semestinya senang, walaupun mereka mempunyai segala-galanya, tetapi relitinya mereka tidak memiliki segala-galanya misalnya kebahagiaan. Selalunya jika kita mempunyai masalah kita sentiasa berbincang dengan ahli-ahli keluarga, tetapi jika masing-masing sibuk untuk mengejar kekayaan hingga lupa meluangkan masa untuk orang yang tersayang. Sudah tentu hidup kita akan sunyi dan tidak bahagia.
Kembali Ke Atas Go down
Wany-B1

Wany-B1


Jumlah posting : 5
Join date : 11.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Kesihatan Asas kehidupan Manusia.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:57 pm

Kesihatan merupakan satu element yang paling penting dalam hidup kita. Kesihatan haruslah dijaga dari segi permakanan mahupun dari segi perilakuan kita sehari-hari. Kita harus mengambil makanan yang seimbang. itu adalah suatu penjagaan kesihatan dari bentuk fizikal. Ada sesetengah orang berdiet iaitu tidak makan. Berdiet ini bukanlah semestinya tidak makan. Berdiet ini adalah permakanan yang seimbang. Jika kesihatan terjejas seseorang itu tidak akan bertenaga dan tidak mampu membuat seatu perkerjaan. Bukan sahaja permakanan yang harus dijaga, tidur kita juga harus dijaga. Jika seseorang itu tidurnya tidak mencukupi kesihatannya juga akan terjejas dan otak juga tidak akan cergas. Sebagai seorang penuntut, mereka harus tidur secukupnya iaitu lapan jam sehari.
Kembali Ke Atas Go down
http://guesslover.edublogs.org
Romalizah blok 1

Romalizah blok 1


Jumlah posting : 4
Join date : 07.10.08

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 12:58 pm

5. Masalah pencemaran alam sekitar harus diberi perhatian serius. Berikan
akibatnya nya terhadap kehidupan


Alam sekitar merupakan perkara penting dalam kehidupan memandangkan ia mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan sehari-hari. Pencemaran alam sekitar adalah sal;ah satu masalah global kerana ia menjejaskan kehidupan manusia. Punca utama masalah ini datangnya dari aktiviti manusia itu sendiri dan boleh menyebabkan bencana alam.


Salah satu contoh yang ketara ialah penggunaan kenderaan bersendirian telah menyebabkan banyak jumlah gas merbahaya terhasil di udara. Impaknya kepada bumi ialah cuaca menjadi semakin panas dan tidak menentu. Masalah pencemaran seperti pencemaran air, pencemaran bunyi juga perlu diambil perhatian. Masalah-masalah seperti ini kebanyakkan terjadi di bandar-bandar dimana pembangunan begitu pesat.


Oleh itu, kita sebagai penduduk bumi haruslah sama-sama menjaga kebersihan bumi demi menjaga keamanan dan megelakkan sebarang masalah berlaku.
Kembali Ke Atas Go down
http://eyja.edublogs.org
meirahss.B1

meirahss.B1


Jumlah posting : 12
Join date : 11.10.08
Lokasi : 2Tng

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Pantang larang menyekat kemajuan masyarakat Melayu   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeTue Mar 10, 2009 7:49 pm

Pantang larang ialah suatu tradisi lama yang diamalkan selalunya diamalkan oleh orang tua. Pantang larang bertujuan untuk mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang baik. Orang tua selalunya menakut-nakutkan anak mereka dengan Sesuatu yang buruk dan malapetaka yang akan datang jika tidak menuruti patang larang itu.

Pantang larang selalunya dikaitkan dengan kepercayaan terhadap makhluk ghaib atau hantu yang berlebihan. Ia juga tidak baik kerana akidah kita sebagai orang Islam akan terpesong kerana kepercayaan itu. Oleh itu, pantang larang tidak lagi sesuai diamalkan kerana arus kemodenan. Masyarakat Melayu akan ketinggalan zaman dan kuno. Sebagai contoh, memajukan ekonomi Negara dengan membuat bangunan-bangunan, kedai-kedai dan sebagainya. Tetapi, mereka melarang kerana kepercayaan mereka terhadap penghuni/hantu yang menghuni kawasan tersebut. Oleh itu, masyarakat Melayu hendaklah berfikiran luas agar tidak keti nggalan.
Kembali Ke Atas Go down
http://mirah.edublogs.org
tan Miadi b1

tan Miadi b1


Jumlah posting : 4
Join date : 03.03.09
Age : 33
Lokasi : Kampong Ukong

BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Kesihatan asas kebahagiaan hidup manusia. Jelaskan penyataan ini.   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitimeSat Mar 28, 2009 11:54 am

Sihat bermakna bertenaga malah orang yang sihat pula bermaksud orang yang bertenaga. Orang yan bertenaga itu adalah orang yang berkemanpuan melakukan sesuatu dengan tenaga yang sedia ada.

Orang yang sihat mampu meneruskan kerja hariannya. Sihat itu bermakna bertenaga. Tenaga-tenaga yang dimaksudkan itu pula diperolehhi daripada makanan-makanan yang mengandungi khasiat-khasiat yang tertentu seperti vitamin, karbohidrat, protin dan sebagainya. Disamping itu juga makanan yang seimbang juga diperlukan demi mengekalkan kestabilan permakanan di badan kita. Selain daripada itu, bersenaman pula bertujuan untuk menambah tenaga yang sedia ada dengan cara bergerak. Pergerakan itu mampu membuatkan semua penghuni badan kita berkerjasama. Fatkor ini dapat membuktikan apabila seseorang yang kerap bersenaman tidak kira umur termasuk golongan tua adalah terlalu aktif dan mempunyai tenaga yang banyak yang sukar untuk dikalahkan berbanding orang yang malas untuk bersenaman. Tanpa tenaga yang secukupnya bermakna kurang sihat dimana kuman dan bakteria mudah menginap di tubuhnya. Kehadiran dua kehidupah halus itu membuatkan kita tidak mampu melakukan kerja harian kita. Tetapi orang yang lelah yang kehabisan tenaga tidak termasuk di dalam ketegori orang yang sakit ataupun kurang sihat. Mereka lelah akibat banyak bergerak dan pergerakan itu pula termasuk di dalam ketegori bersenam. Dengan tenaga yang kita peroleh itu pula kita mampu bergerak bebas dan mampu melakukan sesuatu kerja yang mendatangkan faedah kepada kita demi meneruskan kehidupan kita. Jarang sekali kita terdengar orang yang kurang sihat memperolehi pendapatan yang banyak hasil daripada usahanya sendiri. Ini bermakna, demi mendapatkan sumber pendapatan yang memuaskan, kesihatan adalah diperlukan. Kerja-kerja yang berbaloi yang dikatakan itu adalah banyak seperti menjadi nelayan, pekebun malah orang yang berkerja di dalam pejabat pun dikehendaki sihat dan berdaya. Sebagai rumusan, semua kerja-kerja yang mendatangkan hasil dan boleh menjamin masa depan kita memerlukan tenaga yang secukupnya.

Kesihatan itu terlalu penting sekali untuk manusia demi mencari kebahagiaan. Bagi saya, kesihatan itu ibarat cahaya. Tanpa cahaya, kita tidak mampu bergerak kehadapan.
Kembali Ke Atas Go down
http://www.kirizaki.edublogs.org
Sponsored content





BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Empty
PostSubyek: Re: BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:   BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT: - Page 2 Icon_minitime

Kembali Ke Atas Go down
 
BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
Kembali Ke Atas 
Halaman 2 dari 2Pilih halaman : Previous  1, 2
 Similar topics
-
» BINCANGAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
» BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:
» BINCANGKAN TAJUK-TAJUK BERIKUT:

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Cabaran era Globalisasi :: TAJUK BEBAS :: BLOK 1-
Navigasi: